Program Nostalgia Merdekaraya PVRTM 2014
(Persatuan Veteran RTM)
ke Perlis pada 14,15,16,17 Ogos 2014
36 orang ahli veteran termasuk sebahagian daripada AJK bertolak dengan sebuah bas eksekutif pada malam 13 hb. Ogos 2014 ke Perlis. Seorang AJK terlambat sampai ke perkarangan Angkasapuri maka perjalanan bermula jam 11.00 malam. Pegawai-pegawai AJK lain telah berada di Beseri, Arau, Perlis sudah dua hari menguruskan logistik dan program Merdekaraya 2014.
Jam 6.00 pagi 14 Ogos 2014 rombongan sampai di Terinai Lakeview Resort. Sungguh efisient gerak kerja pihak AJK yang diketuai Presiden Hajjah Latifah Sidek, Hajjah Hasiah Ariffin, Puan Norsiah, Puan Misripah, Puan Lola, Saudara Zainal Othman, Hj. Abu Samah dan lain-lain (maaf tak tertulis nama di saat ini) menyediakan pendaftaran awal bilik-bilik penginapan. Solat subuh di bilik masing-masing.
Sarapan pagi tersedia tepat jam 7.00 pagi - terima kasih kepada Cafe Lakeview Resort.
Program pertama bermula selepas solat zohor ia itu trip ke kampus Universiti Malaysia Perlis. Prof. Dr. Asiah Sarji menunggu dengan pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar Unit Penerbitan di bawah kelolaan beliau. Outrider mengiringi bas dan van PVRTM ke bengkel Fakulti Kejuruteraan untuk mendengar taklimat kerja-kerja pembinaan 'go-cart' dan 'buggy' oleh pelajar-pelajar kejuruteraan. 'Tuning' kenderaan istimewa ini dikendalikan bersama Honda Malaysia. Kemudian rombongan PVRTM dibawa melawat Perpustakaan UniMAP. Solat maghrib di surau kampus diikuti tazkirah oleh Imam dan juga mantan Duta Malaysia ke Arab Saudi, Dr. Hj.Syed Omar (mantan Juruhebah RTM, Suara Malaysia. Beliau juga menterjemah skrip-skrip filem Mesir di Bahagian Alihsuara semasa Adenan Ali mengetuai Bahagian Dubbing RTM tahun 80an. Beliau juga terus bersama Adenan Ali sebagai penterjemah sambilan Bahasa Arab ketika Adenan Ali menubuhkan syarikat penerbitan swasta (Adenan Ali resigned RTM tahun 1987).
Liputan video untuk keseluruhan 'event' besar PVRTM sejak diambil-alih pengurusan baru (Trip Ke Melaka, Ipoh dan Perlis) akan dibadikan di dalam Video Korporat terbitan Adenan Ali.
Hj.Awaluddin dan Tahir menguji PA sistem
Mat London,Abu Bakar Omar, Razali Hussin dan Hj.Yusuf Awang - Coffee Break
Kak Yong, Sharifah dan Suraya Ismail
Hjh Rokiah Hj. Ramlan (Ibu) dan Hjh Hasiah Ariffin
Taklimat pagi
Ibu, Sharifah dan Kak Yong
Pagi di dataran
Terinai Lakeview arah tasik dan kaki bukit
Zainal Othman (Tom Jone Malaysia) n Rahman
Datin Kartini menyiapkan Kartini Butik di foyer
Terinai Lakeview Resort
Saudara Hasnan menyiapkan cenderahati untuk VVIP
Saudara Rahman orang kuat AJK
Datin Kartini membawa mobile Butiknya
Zah (dah beli sepasang) Norsiah dan Misripah Sukim
Bersama Presiden ( most colourful moment )
Sesi suaikenal - Ibu Rokiah mengimbau kenangan lama
Di UniMAP
Maizatul Akm Yahaya & Hjh Latifah Sidek
'Buggy' DreamEdge hasil rekaan UniMAP
Suraya Ismail dgn Kak Zah - nak ke mana tu ? nak round Perlis ke ?
Suraya dgn Zawiyah nak pinjam kete ni nak pi Padang Besaq
Taklimat di bengkel Kejuruteraan UniMAP
Prof. Dr. Asiah Sarji dan pensyarah
Mantan puteri-puteri Angkasapuri
Taklimat di Perpustakaan
Bergambar sebelum bersenam di dataran
Tengku Mariam mengetuai Senam berirama
Di Taman Anggur
Projek Agro Pelancongan, Perlis
Anggur Malaysia lebih manis drp anggur negara luar
Hjh Latifah, Rahman, Tahir, Hj.Yusuf dan Misripah
Maizatul dengan Kak Hasiah Ariffin
"Tengok ni, real anggur !" kata Ibu Rokiah
Taklimat di Taman Herba
Ada jualan produk herba
Belilah serba satu....Hjh.
Menunggu saat pelancaran Merdekaraya oleh Menteri Besar
sembang-sembang sikit
Di dataran menunggu pelancaran program
Zawiyah Bachik (Kejuruteraan) Suraya Ismail (Juruhebah TV)
Hj.Yusuf Awang dgn Norsiah
Puan Lola dan Kak Zah
Bintang-Bintang Radio 60an-70an bersama Kak Zah (Bintang Bah.Filem)
Hj.Sayuti dan Hj.Abu Samah (Kejuruteraan)
Hj.Yusuf Awang, Abu Bakar Omar n Ahmad Ibrahim
Di foyer - Pameran PVRTM
Pameran PVRTM Prof.Dr. Asiah Sarji mengiringi YB Hjh Rela Ahmad
Presiden PVRTM bersama YB
Ahli-ahli veteran masih anggun
YB Hjh Rela Ahmad ADUN Bintong (tengah)
Bersama YB Hjh Rela Ahmad ADUN Bintong
No comments:
Post a Comment